Editors Choice

3/recent/post-list

Search This Blog

Certificate of Registration

Certificate of Registration
Federation of Malaysian Music Industry Associations

Members List

- Persatuan Armada Anak Seni Sarawak(ARAS); - Persatuan Artis Cina Malaysia (THE ASSOCIATION OF MALAYSIAN CHINESE ARTISTES); - Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA); - Persatuan Pemuzik Negeri Kedah (KEDAH MUSIC ART COMMUNITY); - Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia Baru (MAME); - Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIVE); - Kelab Bakat dan Pelbagai Seni Sabah (SABAH MULTI ARTIS AND TALENTS CLUB)_(SMART CLUB); - Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR); - Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN); - Persatuan Komposer dan Pembikin Video Muzik Sabah (SABAH COMPOSERS AND MUSIC VIDEOS MAKERS ASSOCIATION) (SCORE); - Persatuan Pemuzik Malaysia/Musicians for Musicians Malaysia (MFM); - Persatuan Pemuzik Pulau Pinag (PENANG MUSICIAN UNITE); - Persatuan Penyanyi dan Pelakon India Malaysia; - Pertubuhan Konsortium Seni Negara (KONSEN) - Persatuan Ejen dan Penganjur Hiburan Artis - Persatuan Rakaman Bebas Malaysia (MALAYSIAN INDEPENDENT RECORDING ASSOCIATION or MIRA) - in progress (19 Feb 2023)

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Gabungan Persatuan Industri Muzik Malaysia (MUSIC MALAYSIA) berjalan lancar.

 

"Kami menyokong penuh tindakan kerajaan mengambil tindakan ke atas mana-mana artis luarnegara yang berkelakuan tidak.sopan dan biadap," kata Dato Freddie Fernandez yang telah dilantik semula sebagai Pengerusi gabungan ini pada mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama pada 22 Ogos 2023 yang lalu.
Perkara ini diungkapkan oleh Dato Freddie dalam ucapan penangguhan mesyuarat yang telah berlangsung secara online sepenuhnya dihadiri oleh hampir keseluruhan gabungan 15 wakil-wakil persatuan, pertubuhan atau kelab yang berkaitan ekosistem industri muzik dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Namun Freddie yang mewakili Persatuan Karyawan Malaysia juga memohon pertimbangan kerajaan agar tidak mengenakan tindakan kepada penganjur yang telahpun menjelaskan dengan terang secara persetujuan bertulis kepada mana- mana artis luar untuk mematuhi undang-undang dan tatasusila serta budaya penduduk negara ini.

"Mereka dah sign dan bersetuju untuk akur, namun jika berlaku juga bermakna mereka telah engkar dan wajar dihukum, bukannya penganjur yang dihukum kerana penganjur adalah yang teraniaya, yang terpaksa menanggung kerugian duit tiket harus dikembalikan dan kos lain tetap harus dibayar," jelas Freddie. Penganjur adalah ahli kepada Persatuan Penganjuran ALIVE dan sewajarnya MUSIC MALAYSIA membawa isu ini bagi membantu ahli gabungan yang tersepit dalam isu ini.

Usaha Menggubal Akta Muzik

Timbalan Pengerusi MUSIC MALAYSIA Saudara Ayob Abd Majid yang mewakili Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) pula menyambut baik usaha YB Menteri Komunikasi Digital, Fahmi yang diberitakan akan menggubal Akta Muzik bagi mengawal dan memperkasakan industri muzik Malaysia. Namun usaha ini sepatutnya dimulakan dengan menyambung usaha-usaha pihak terdahulu dalam penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia yang melibatkan semua pemegang taruh ekosistem industri muzik.

"Perbadanan ini diharap dapat menggabungkan semua kementerian yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam industri bagi membuat apa-apa dasar dan perlaksanaan seterusnya," sdr Ayob meneruskan.

ALIFE dan Persatuan Artis Cina Malaysia juga secara bersama membawa cadangan agar PUSPEL diletak di bawah Motac memandangkan kementerian ini lebih rapat dan relevan dengan aktiviti persembahan.

MAME pula berharap dengan gabungan Persatuan ini atau Perbadanan Muzik jika diaktifkan akan membawa isu kurikulum pembelajaran muzik di sekolah-sekolab yang kini yang diperuntukkan setengah jam seminggu.

"Banyak lagi masalah industri muzik yang perlukan perhatian kerajaan yang mana walaupun industri rakaman konten merupakan tunjangnya, industri ini perlu dibantu dari hulu hinggalah ke hilir," kata Prof Ramona Tahir yang mewakili MAME.

Senarai pemilihan pegawai dan ahli jawatankuasa Music Malaysia Sesi 2023 - 2025 adalah seperti berikut:-

Pengerusi: Dato’ Frederick John Fernandez (Karyawan)
Timbalan Pengerusi: Ayob Abd Majid (Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
Setiausaha: Haji Rozman Abas (IRAMA)
Timbalan Setiausaha: Prof Madya Dr. Ramona Mohd. Tahir (Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia Baru (MAME)
Bendahari: Paramananthan Rajagopal (Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE);
Timbalan Bendahari (Berkuatkuasa setelah mendapat kelulusan penambahan pada Perlembangaan Music Malaysia oleh ROS): Ahmad Samri Mohamed Akhir (Pertubuhan Republik Muzik (Music Republic)

AJK:
1. Dr. Alim Impira - Persatuan Armada Anak Seni Sarawak (ARAS)
2. Mohamad Mazlan Ayob - PERSATUAN PEMUZIK PULAU PINANG (PENANG MUSICIAN UNITE)
3. Raimon Sukudat - PERSATUAN KOMPOSER DAN PEMBIKIN VIDEO MUZIK SABAH (Sabah Composers And Music Videos Makers Association) (SCORE);
4. Arumainathan Muniandy - PERSATUAN PENYANYI DAN PELAKON INDIA MALAYSIA (MISA)
5. PERSATUAN ARTIS CINA MALAYSIA (THE ASSOCIATION OF MALAYSIAN CHINESE ARTISTES)
6. EDWIN NATHAN - Persatuan Pemuzik Malaysia  
7. PERSATUAN DIKIR BARAT KELANTAN (PENDIKIR)
8. Mohd Nor Bin Jaafar - PENDIKIR KELANTAN
9. Muhammad Yusri Bin Romli - PERSATUAN PEMUZIK NEGERI KEDAH (K.M.A.C)

Post a Comment

0 Comments