Editors Choice

3/recent/post-list

Search This Blog

Certificate of Registration

Certificate of Registration
Federation of Malaysian Music Industry Associations

Members List

- Persatuan Armada Anak Seni Sarawak(ARAS); - Persatuan Artis Cina Malaysia (THE ASSOCIATION OF MALAYSIAN CHINESE ARTISTES); - Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA); - Persatuan Pemuzik Negeri Kedah (KEDAH MUSIC ART COMMUNITY); - Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia Baru (MAME); - Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIVE); - Kelab Bakat dan Pelbagai Seni Sabah (SABAH MULTI ARTIS AND TALENTS CLUB)_(SMART CLUB); - Persatuan Dikir Barat Kelantan (PENDIKIR); - Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN); - Persatuan Komposer dan Pembikin Video Muzik Sabah (SABAH COMPOSERS AND MUSIC VIDEOS MAKERS ASSOCIATION) (SCORE); - Persatuan Pemuzik Malaysia/Musicians for Musicians Malaysia (MFM); - Persatuan Pemuzik Pulau Pinag (PENANG MUSICIAN UNITE); - Persatuan Penyanyi dan Pelakon India Malaysia; - Pertubuhan Konsortium Seni Negara (KONSEN) - Persatuan Ejen dan Penganjur Hiburan Artis - Persatuan Rakaman Bebas Malaysia (MALAYSIAN INDEPENDENT RECORDING ASSOCIATION or MIRA) - in progress (19 Feb 2023)

Sarawak Komited Mahu Jadi Pusat Utama Aktiviti Kesenian, Kebudayaan Di Malaysia


JUMAAT, 24 FEBRUARI 2023

KUCHING: Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg mahu menjadikan negeri ini sebagai pusat utama aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, sehubungan itu, Kerajaan Sarawak komited untuk menaiktaraf bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama kepada Pusat Persembahan Seni untuk menempatkan anak Sarawak terus berkarya dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

“Kerajaan Sarawak baru lepas melakukan mesyuarat kabinet semalam dan dalam mesyuarat itu antara lain yang diinginkan Premier Sarawak ialah satu hari nanti Sarawak akan menjadi pusat utama aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

“Ini kerana, Sarawak ada Kampung Budaya iaitu sebuah tempat pusat pelancongan yang menempatkan pelbagai etnik dan kaum seluruh Sarawak.

“Keduanya, Kuching diiktiraf sebagai Bandar Perpaduan yang mempunyai lebih 40 etnik di seluruh Sarawak. Ketiganya, Sarawak adalah lokasi kedua yang mempunyai Sekolah Seni Malaysia yang mana satu di Johor dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian penutupan Program One Step Closer: Edisi Borneo (Bengkel Lakonan dan Karektor) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sarawak di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah FINAS Cawangan Sarawak Maffizan Saupie dan Pelakon Malaysia Fauziah Nawi.

Menjelas lanjut kepada media, Datuk Abdullah berkata konsultan untuk projek berkenaan telahpun dilantik dan mereka sedang melihat pelbagai aspek teknikal kerana ia melibatkan kerja-kerja menaiktaraf bangunan lama.

“Mungkin ada sedikit kesukaran sebab kita nak tukarkan bangunan lama dan untuk mengekalkan keadaan bangunan itu yang merupakan bangunan bersejarah untuk dijadikan pusat kesenian,

“Jadi banyak lawatan-lawatan telah dilakukan oleh wakil kementerian untuk memastikan bahawa pembinaan projek ini akan kekal lama dan memenuhi bajet yang telah diluluskan.

“Mungkin dalam masa dua atau tiga tahun akan datang saya rasa kita akan ada istana budaya kita sendiri yang mungkin terbaik dan terbesar di Malaysia,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai bengkel itu pula, beliau memuji usaha FINAS atas inisiatif untuk melakukannya bagi mengembangkan lagi bakat anak-anak Sarawak dalam industri berkenaan yang selari dengan kehendak Kerajaan Sarawak yang mahu menjadi pusat aktiviti kesenian dan kebudayan yang utama di Malaysia.

“Tahniah kepada FINAS mengadakan bengkel seperti ini. Saya rasa ini bukan satu-satu bengkel yang pernah dilakukan oleh FINAS dalam aktiviti kesenian dalam konteks lakonan, produksi, penggunaan tentang pengarahan, penulisan skrip dan sebagainya.

“Saya rasa FINAS telah melakukan peranan mereka yang baik untuk mengembangkan lagi bakat ataupun dalam bukan hanya segi lakonan tetapi kerja-kerja di belakang tabir dan sebagainya,” ujarnya.

Bengkel Lakonan dan Karektor itu diadakan selama lima hari bermula dari 20 hingga 24 Februari 2023 dengan penyertaan seramai 17 orang peserta.

Program ini telah dikendalikan oleh Fauziah Nawi, tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang seni dan lakonan.

Setiap peserta yang menyertai bengkel ini diberi pendedahan mengenai teknik memahami dan menghayati, membina watak-improvisasi, ekspresi dan sebagainya.-Edisi UKAS

Post a Comment

0 Comments